Custom Search

Siti Nurhaliza

Siti memberitahu dia tidak akan menyembunyikan berita baik itu kepada pihak media apabila sampai waktunya kelak. Sehingga kini, dia sentiasa berusaha dan berharap peminat sama-sama berdoa agar dia dikurniakan anak.

Kris Dayanti Hamil

Krisdayanti buat pengakuan dia sudah mengandung 4 bulan. Sungguh pantas dan ekspress.

Ashraf Muslim Bakal Bertunang

Handsome gila kan si Ashraf Muslim ini? Pasti ramai wanita yang jatuh cinta dengannya. Dan pastinya ramai gila yang kecewa apabila mendapat tahu yang Ashraf Muslim bakal bertunang dan seterusnya bergelar suami orang dalam tahun ini.

Waran Tangkap Untuk Norman Dan Memey

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Amy Search Sah Pengetua

Amy Search Sah Pengetua Pengetua Akademi Fantasia ke-9 apabila Astro Ria mengumumkan tadi dalam Konsert Tirai AF9.

X-Men: First Class Movie Trailer Official (HD)

Pirates of the Caribbean | LEGO teaser trailer D (2011)

Noh Hujan Serah Persiapan Perkahwinan Pada Kakak


Noh akui kesibukannya memaksa dia menyerahkan urusan persiapan perkahwinan kepada kakaknya. - Foto MUHAMMAD AKIF


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh mengakui kesibukannya dengan komitmen nyanyian memaksa dia menyerahkan persiapan majlis resepsi perkahwinannya dengan penyanyi Mizz Nina di Kuching, Sarawak pada 16 Julai depan kepada kakaknya sepenuhnya.

Ujar Noh dia hanya dimaklumkan tentang perkembangan semasa persiapan tersebut menerusi penggilan telefon kakaknya saja.

"Persiapan resepsi kami di Kuala Lumpur diuruskan oleh Nina, manakala persiapan untuk resepsi di Kuching saya terpaksa serahkan pada kakak.

"Saya terlalu sibuk dan memang tidak sempat untuk berulang-alik ke Kuching. Mujurlah, ada kakak dan keluarga yang uruskan semuanya.

"Ibaratnya, saya hanya tandatangani cek untuk bayaran sebarang persiapan dan dimaklumkan menerusi telefon saja," katanya yang ditemui selepas konsert Jam With Us TV9, di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Apabila ditanya mengenai debarannya bergelar suami dalam tempoh kurang daripada dua bulan saja lagi, Noh berkata, dia sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab itu.

"Saya benar-benar sudah bersedia. Mungkin daripada segi persiapan, saya tidak sempat untuk terlibat sepenuhnya tetapi mental dan fizikal saya sudah bersedia untuk bergelar suami Nina.

"Realitinya, tiada apa yang akan berubah selepas berkahwin nanti. Saya dan dia akan terus aktif dalam bidang seni.

"Saya tidak akan sekat atau halang dia untuk terus menyanyi. Kami saling menyokong antara satu sama lain," katanya.

Gosh, Beraninya Elyana Tak Datang Ke Majlis Sendiri


19 MEI 2011: Waktu Murai Batu tengah sibuk makan lunch dengan sukut sakat Murai Batu yang lain, tiba-tiba Murai Batu dapat satu panggilan telefon. Rupa-rupanya daripada seorang rakan reporter hiburan. Ha,,, Apa kes pulak ni?

Belum sempat Murai Batu nak tanya khabar sebab dah lama tak jumpa dengan dia, dan dan tu jugak dia telah meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang attitude buruk si penyanyi Elyana yang kebetulan tengah hamil 5 bulan tu.

Katanya, dia telah menerima undangan untuk menghadiri majlis pelancaran single terbaru Elyana di Restoran Sri Melayu kira-kira jam 11 pagi tadi. Tapi, setelah dia datang dengan jurufotonya, dia telah dimaklumkan bahawa majlis yang disusuli dengan makan tengah hari tu terpaksa dibatalkan secara tiba-tiba.

Yang memaklumkan tentang perkara ini adalah wakil daripada syarikat rakaman FMC yang menjadi tempat Elyana bernaung sebelum ni.

Apa lagi terkejut beruklah rakan reporter Murai Batu tu. Begitu juga dengan reporter serta jurufoto dan jurukamera daripada beberapa media cetak dan elektronik yang sudah sekian lama teruja untuk membuat liputan mengenai single terbarunya.

Yang tak fahamnya tu, sebelum majlis itu berlangsung, suami Elyana iaitu Khairul Anuar sendiri telah mengesahkan kepada pihak syarikat rakaman tersebut akan kedatangan isterinya.

Tup-tup Elyana tak jadik datang. Yang kasitau pasal perkara ni pun adalah suami Elyana juga. Alasan yang diberikan adalah Elyana tidak dapat hadir kerana tiada baju untuk dipakai ke majlis tersebut.

Bila dengar saja alasan tersebut, rasa panas hati juga rakan reporter Murai Batu tu. Yelah, dengan tidak semena-mena, masanya telah terbuang begitu saja. Kalau dari awal dah tau tak nak datang, kan senang. Tak payah nak susahkan orang.

Entahlah, pelik juga mUrai Batu rasa alasan yang diberikan oleh Elyana tu. Takkan last-last minute, Elyana takde baju nak dipakai? Tapi nak buat macam mana. Agaknya, mungkin itulah yang benar-benar terjadi kepada Elyana.

Apapun, Murai Batu bersimpati sangat dengan rakan-rakan media yang telah susah payah datang untuk membuat liputan tersebut. Tapi, yang mungkin Murai Batu lebih kasihan adalah wakil PRO daripada FMC Records. Entah macam mana agaknya mereka nak berdepan dengan rakan-rakan media yang pastinya waktu muka masing-masing tengah bengang dan kelat.

Entah berapa ribu kali agaknya mereka memohon maaf kesemua pihak media tu ya?

Yang tak seronoknya tu, Murai batu dengar, Elyana selama ini memang susah sangat untuk dihubungi oleh pihak FMC Records. Segala urusan yang berkaitan dengan kerjaya seninya haruslah berhubung dengan ibu atau suaminya dahulu.

Murai Batu rasa perkara sebegini tidak patut berlaku kepada artis seperti Elyana yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan kita ini. Namun kita tidak boleh menolak kemungkinan Elyana mungkin sekarang ini berada dalam kesukaran disebabkan kehamilannya sehinggakan dia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.

Murai Batu bukan apa, kalau perkara macam ini terjadi lagi, ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan kepercayaan masyarakat dan pihak media terhadap dirinya. Secara tidak langsung, ia juga boleh menganggu serta membunuh kariernya.

MURAIBATU: Khabarnya ada perubahan yang berlaku dalam format Mari Menari Musim 2 nanti.

Sham Kamikaze Kini Berubah Ke Arah Kebaikan




Tiada kata yang dapat diucapkan apabila melihat video Sham Kamikaze bercerita mengenai hidayah yang diperolehinya untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga Sham Kamikaze terus berjuang di jalan ini dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Tahniah Sham.

Hebatnya! Radio Sinar FM Still No. 1 Di Malaysia





19 MEI 2011:
Tahniah Murai Batu ucapkan buat radio Sinar FM kerana sekali lagi telah terpilih sebagai stesen radio Melayu No. 1 yang menjadi pilihan rakyat Malaysia menerusi survey yang dibuat oleh AC Nielsen untuk 3 penggal berturut-turut.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diraih oleh Sinar FM ini bukan lagi terletak pada nasib semata-mata tetapi kerana bahan, isi kandungan serta muzik yang dihidangkan kepada pendengar.

Begitu juga dengan corak penyampaian deejay-deejay mereka yang cukup menghiburkan khususnya daripada trio Sinar Pagi yang dikendalikan oleh Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan Raja Azura atau Kak Engku.

Tidak dilupakan juga dengan deejay-deejay Sinar FM lain iaitu Abby Fana, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin. yang selama ini sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sinar FM terus menjadi pilihan pendengar mereka.

Apa yang menarik, menerusi survey AC Neilsen ini, Sinar FM telah berjaya mengumpulkan jumlah pendengar seramai 4.2 juta. Jumlah ini adalah jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan oleh mana-mana stesen radio lain termasuklah radio daripada bahasa lain.

Atas sebab itu, Sinar FM turut mencatatkan rekod sebagai radio No.1 yang memiliki jumlah pendengar yang cukup ramai di seluruh Malaysia. Tahniah sekali Murai Batu ucapkan lagi buat seluruh team Sinar FM.

Murai Batu percaya orang kuat Sinar FM iaitu Pak Tam beserta barisan deejaynya yang lain pasti sedang tersenyum lebar meraikan kejayaan Sinar FM ketika ini.

Harapan Murai Batu, Sinar FM akan terus menyajikan bahan yang berinformasi tetapi menghiburkan beserta dengan kandungan muzik yang hebat serta memenuhi citarasa semua pendengar.

Cikgu Syafi kecewa

TENAGA pengajar Akademi Fantasia musim sembilan (AF9), Syafizawati Sharif sudah bersama-sama dengan program realiti popular ini sejak musim keempat dan masih setia menjadi seorang tenaga pengajar sebagai guru vokal teknikal sehingga musim terakhir tahun ini.
Sudah ramai penyanyi kelahiran AF yang menjalani latihan vokal dengan Cikgu Syafi sepanjang pembelajaran mereka di akademi dan sehingga hari ini, masih ada antara pelajar AF yang masih lagi menjadikan Syafi sebagai pakar rujukan mereka.

Bagaimanapun, kekecewaan Syafi terhadap vokal pelajar program realiti Akademi Fantasia (AF) bagi musim kesembilan ini jelas terpancar di wajah manisnya dan pada sorotan matanya yang suram apabila diajukan soalan mengenai perkembangan suara pelajar musim ini.

“Semua pelajar pada musim kali ini mempunyai asas vokal yang sangat rapuh. Saya terpaksa mengajar mereka bermula dari peringkat paling asas.

“Umpama mengajar mereka untuk mengenal huruf dan mengeja. Tidak dinafikan, mereka boleh menyanyi, tetapi hanya sekadar menyanyi tanpa sokongan vokal yang solid.

“Mereka sesuka hati meletakkan legato dan stekato pada tempat-tempat yang pada fikiran mereka adalah tempat yang sesuai walhal ia sama sekali tidak sesuai. Selain itu, mereka juga sesuka hati meletakkan vibrato pada lagu yang mereka nyanyikan,” katanya.

Syafi turut berkata mereka hanya minat menyanyi dan kurang berminat untuk mempelajari teknik vokal untuk menyokong suara lunak mereka.

Mereka beranggapan bahawa vokal mereka sudah cukup mantap apabila pengkritik menyukai persembahan dan nyanyian mereka ketika konsert berlangsung walhal masih banyak lagi yang mereka perlu pelajari untuk memantapkan lagi teknik vokal mereka.

“Sudah menjadi tabiat orang Malaysia apabila seseorang penyanyi itu mampu menyanyikan lagu bernada tinggi mereka akan bertepuk tangan sebagai tanda berpuas hati dengan persembahan itu, tetapi bagi pandangan pihak profesional seperti kami, telinga kami mampu mendengar kekurangan pada vokal mereka.

“Vokal mereka ketika menyanyikan lagu bernada tinggi tidak ‘round’ dan perlu menyuntik lebih teknik vokal. Nera contohnya mempunyai vokal lebih mantap dan solid jika dibandingkan dengan pelajar lain. Sebutannya sangat jelas,” katanya.

Tambah Syafi, walaupun pada malam konsert Sabtu lalu Nera lebih banyak dikritik pada lakonannya berbanding nyanyian, tetapi lagu-lagu yang diberikan tenaga pengajar kepada Nera tidak menguji kelebihan vokal sebenarnya. Beliau berharap agar Nera diberikan lagu yang lebih mencabar vokalnya.

Tabiat mereka menyanyi di pentas juga sebelum menjadi pelajar AF terbawa-bawa ketika mereka membuat persembahan konsert AF.

Pelajar tidak dapat membuang kebiasaan mereka dan gagal mengaplikasikan teknik vokal yang sudah diajar oleh Syafi.

“Menjadi seorang penghibur bukan hanya mereka perlu menyanyi atau menari ketika membuat persembahan, tetapi mereka perlu menyanyikan menggunakan IQ mereka. Tetapi apa yang saya lihat pelajar-pelajar kali ini sangat malas memahami lirik lagu yang akan mereka nyanyikan. Mereka terlalu bersandar pada pujian pengkritik semata-mata.

“Nada rendah Fina sangat lemah, tetapi dia langsung tidak datang dan berjumpa untuk bertanya cara memperbaiki nada rendahnya. Hazama pula digambarkan sebagai seorang yang terlalu banyak alasan. Hazama sering memberikan alasan demi alasan apabila diminta membuat latihan vokal.

“Saya mengajar mereka dengan ikhlas. Saya bukan hanya mengajar mereka secara berkumpulan, tetapi saya juga memeriksa teknik vokal mereka seorang demi seorang. Tidak ada yang terkecuali. Semua mereka mendapat perhatian dari saya,” katanya.

Syafi melihat Erul sebagai seorang yang boleh pergi jauh. Apatah lagi dengan kelebihan Erul yang suka membuat improvisi pada lagu yang akan dinyanyikannya, tetapi masalah yang ada pada Erul ialah setiap hari improvisi pada lagu itu akan berubah.

Menurut Syafi, sepanjang beliau mengajar, beliau sangat kagum dengan AF7 kerana semua mereka mempunyai vokal dan sikap yang serius dan paling membanggakannya ialah Stacy kerana akan melakukan dan mengaplikasikan setiap yang diajar.

Katanya, sehingga hari ini,, Stacy masih lagi akan berjumpa dengannya bagi memantapkan lagi teknik vokalnya.

“Selain Stacy, pelajar yang patut dijadikan contoh ialah Akim. Pertama kali dia menyertai AF, dia bermula dengan kosong. Dia langsung tak tahu apa-apa mengenai vokal. Tetapi setiap minggu saya lihat peningkatan yang ketara. Dia betul-betul menumpukan perhatian ketika dalam kelas,” katanya.

Syafi juga melahirkan rasa kecewa apabila ada antara pelajar AF yang sudah menghasilkan album datang kepadanya meminta tunjuk ajar untuk memantapkan vokal mereka membuat persembahan nyanyian.

Keadaan itu memberikan gambaran bahawa sebelum ini bekas pelajar itu tidak mengambil serius ketika pembelajaran teknik vokal dengannya.

Datuk Siti Nurhaliza - Penawar Rindu at SMKPP (17 Mei 2011)


CT menghadiri majlis gotong-royong dan m'buat p'sembahan di SMKPP Temerloh semalam.. rupa2nya yg dia tweet g xpdc b'motosikal smalam tuhh dia ke mjlis ini lah..bgus jg xtvt cmni kan smbil2 njoy leh bt bnda b'faedah jg la..untuk mat2 rempit sila join Tok Ti b'konvoi










Facebook Heliza Dan Linda Onn Diceroboh



Nampaknya semenjak dua ini krew Rilekscrew semakin mengganas di dunia Facebook dengan menjadikan laman Facebook artis sebagai mangsa godaman mereka. Mangsa terbaru mereka Facebook Linda Onn dan Facebook Heliza Helmi. Namun begitu Rilekscrew tak adalah nak update status yang bukan-bukan. Kemungkinan besar tujuan mereka meng”hack” FB artis-artis ini adalah untuk memberi peringatan kepada para artis semua.



Credit kepada Beautifulnara

Kaki Jasmin Hamid Melecur


Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.


Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.


"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu

tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.

"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.

Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

MediaArtis2u.blogspot.com. Powered by Blogger.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More